Misi, Visi & Objektif

Misi

Mengangkat kefungsian masjid sebagai pusat utama penjenamaan ekonomi dan sistem muamalat berlandaskan Syariah

Visi

Bergerak sederap bersama mengembeleng tenaga dan kepakaran sedia ada bagi menggerakkan kegiatan ekonomi berasaskan perniagaan yang patuh Syariah dan adil

Objektif

  • Membangunkan sumber masjid bagi manfaat umat Islam.
  • Menyuburkan semangat tolong-menolong sesama ahli Jemaah bagi membantu ekonomi masjid
  • Mewujudkan ahli-ahli yang menghayati jihad ekonomi dan melaksanakannya dengan patuh Syariah dan masyarakat secara umumnya.
  • Menambah dana masjid dan membiayai semua aktiviti anjuran masjid.
  • Menerapkan budaya integriti dalam pengurusan kewangan masjid dan peranan masjid dalam melahirkan usahawan muslim.
  • Memudahkan dan mempercepatkan pengembangan ekonomi masjid dengan lebih sistematik.